suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasukan bola sepak terpalit skandal seks, didakwa rakam aksi bogel mangsa rogol

Espoir Minerois terpalit dengan skandal seks. Foto la meuse

SEKUMPULAN pemain bola sepak didakwa merakam aksi bogel seorang gadis mangsa rogol di bar kelab itu selepas sesi latihan.

Kelab bola sepak Belgium, Espoir Minerois terpalit engan skandal seks selepas sebuah video tular di media sosial.

Beberapa lelaki berpakaian warna merah dan putih dirakamkan bersama seorang gadis dalam keadaan berbogel.

Dua video menunjukkan insiden itu tersebar di media sosial.

Pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung insiden selepas mangsa dan keluarganya memfailkan tindakan undang-undang.

Menurut dakwaan, mangsa dirogol oleh sekumpulan pemain dan ia dilakukan tanpa kerelaan.

Presiden kelab, Joseph Gaillard mengesahkan pihaknya turut menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut. 

Rakaman didakwa dibuat oleh salah seorang pemain selepas satu sesi latihan pada 20 September lalu. - Daily Star




Espoir Minerois, rogol, bogel

Artikel Lain