Tertinggal penerbangan akibat leka minum di bar, bapa dan anak berlari kejar pesawat di landasan - Dunia | mStar

Tertinggal penerbangan akibat leka minum di bar, bapa dan anak berlari kejar pesawat di landasan

Kejadian berlaku di di Lapangan Terbang Cagliari, Sardinia. FOTO: Getty Images.

SEORANG lelaki bersama anaknya berlari di landasan sambil mengejar pesawat akibat tertinggal penerbangan.

Tindakan itu menyebabkan mereka turut dikejar sepasukan anggota polis bersenjata.

Antonino Loi, 65, dan anaknya, Tony Loi, 40, sedang minum di sebuah bar di Lapangan Terbang Cagliari, Sardinia sebelum terlepas penerbangan ke London.

Namun, mereka membuat keputusan untuk melalui pintu kecemasan sebelum berlari di landasan.

"Ayah saya nampak pesawat itu di luar dan pintu pelepasan ditutup.

"Saya berlari turun tangga ke arah pesawat. Saya ingatkan tangga naik ke pesawat masih ada," ujar lelaki itu.

Akibat tindakan itu, mereka terpaksa membayar kompaun berjumlah £1,770 (RM9,226).

Mereka bagaimanapun dibenarkan berlepas pulang ke UK. - Daily Star.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain