Video banduan wanita bersalin sendirian di penjara tular - Dunia | mStar

Video banduan wanita bersalin sendirian di penjara tular

Bayi wanita itu lahir dengan selamat tanpa bantuan perubatan.

KAKITANGAN sebuah penjara dikecam selepas membiarkan seorang banduan wanita bersalin sendirian di dalam sel yang kotor.

Diana Sanchez memberitahu kakitangan di Penjara Denver County di Colorado bahawa dia mahu bersalin selepas air ketubannya pecah semasa dalam tahanan pada Ogos tahun lalu.

Sanchez meminta pertolongan tetapi dibiarkan sendirian selama enam jam sebelum selamat bersalin.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan wanita itu mengalami kesakitan ketika mahu bersalin.

Meskipun dibiarkan sendirian dia berjaya melahirkan seorang bayi lelaki di atas tempat tidurnya.

Beberapa minit kemudian seorang jururawat lelaki dilihat masuk ke dalam sel itu untuk mengambil bayi tersebut.

Susulan itu Sanchez kini memfailkan saman terhadap jururawat dan pegawai penjara kerana membiarkan dia bergelut dengan kesakitan bersendirian dan melahirkan anaknya di dalam penjara tanpa bantuan perubatan. - Metro.co.uk

banduan , bersalin , penjara

Artikel Berkaitan

Artikel Lain