suria

Kejam! Ibu rakam video seks anak untuk puaskan nafsu kekasih pedofilia

Litzky akan didakwa Oktober depan.

SEORANG pesalah pedofilia yang menonton video seks kanak-kanak yang dirakam ibu mangsa yang juga kekasihnya, dihukum penjara selama 50 tahun.

Roberto Oquendo, 38, dijatuhi hukuman itu pada Isnin, hampir tiga tahun selepas polis menahannya bersama beberapa gambar penderaan seksual kanak-kanak pada September 2016.

Kekasihnya Rose Beth Litzky yang memaksa dua anaknya untuk melakukan hubungan seks sementara dia merakam perbuatan itu akan dijatuhi hukuman pada Oktober depan.

Pemeriksaan polis di rumah pasangan itu di Sebastian, Florida berjaya menemukan gambar penderaan seksual dalam kuantiti yang banyak, dikongsi antara Oquendo dan Litzky, 33.

Litzky mengambil gambar anaknya antara Oktober 2014 dan September 2016 ketika tinggal di Florida manakala Oquendo pula di Virginia ketika itu.

Wanita itu berpura-pura menjadi ibu yang penyayang apabila sering berkongsi gambar ke zoo dan pusat membeli belah bersama anaknya di media sosial.

Semasa soal siasat polis, Litzky mengaku mengambil ratusan gambar dan video bogel anaknya sebelum dihantar kepada Oquendo. - Metro.co.uk

pedofilia, kekasih, rakam video

Artikel Berkaitan

Artikel Lain