suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar anak ikan lumba-lumba mati semasa persembahan, didakwa 'kerja berlebihan'

Terdapat dakwaan mengenai ikan lumba-lumba dipaksa membuat persembahan empat kali sehari. Foto bTV2

SEEKOR anak ikan lumba-lumba berusia sembilan hari mati di sebuah taman air di Bulgaria.

Kematiannya dilaporkan berpunca daripada 'bekerja berlebihan'.

Menurut media tempatan, hidupan laut itu mati dalam satu persembahan meskipun pemilik taman itu menafikan dakwaaan mengenai punca kematian.

Seorang saksi memberitahu terdapat gangguan di Varna Dolphinarium di Varna di hadapan khalayak ramai.

Bercakap kepada BTV Novinite, Bisser Lyubenov berkata, orang ramai diarahkan beredar sebaik kejadian berlaku.

Terdapat dakwaan mengenai ikan lumba-lumba itu dipaksa mengadakan persembahan sebanyak empat kali sehari.

Badan kebajikan haiwan, Four Paws mendakwa lima ekor ikan lumba-lumba dan seekor anjing laut mati di taman air itu sejak lima tahun lalu.

Penganjur bagaimanapun menafikan anak ikan lumba-lumba itu mati semasa membuat persembahan secara langsung. - Mirror UK

ikan lumba-lumba

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia