Berus gigi ditemui dalam perut, bekas banduan dedah cuba bunuh diri 20 tahun lalu - Dunia | mStar

Berus gigi ditemui dalam perut, bekas banduan dedah cuba bunuh diri 20 tahun lalu

(kiri) Doktor mengeluarkan sebatang berus gigi dari perut seorang bekas banduan. (kanan) Imbasan menunjukkan terdapat berus gigi di dalam perut. Foto AsiaWire

SEORANG bekas banduan cuba membunuh diri 20 tahun lalu, dengan menelan sebatang berus gigil yang akhirnya dikeluarkan dari usus kecilnya.

Berus gigi itu hampir tidak dikenali dan berwarna kehitaman dan bulunya telah hancur.

Penemuan itu susualn bekas banduan bernama Li berjumpa dengan doktor selepas mengalami sakit perut, dan membuat imbasan CT di Schenzhen, China.

Mereka menggunakan endoskopi untuk menarik keluar berus gigi dari ususnya.

Li, 51, mendedahkan dia menelan berus gigi di penjara dua dekad lalu, atas cubaan membunuh diri.

Dia dilaporkan dijangkiti HIV akibat penyalahgunaan dadah, dan ketika itu dia sukar untuk menanganinya.

Mengejutkan, cubaan bunuh diri itu gagal dan Li menjalani hukuman penjaranya. 

Dia berhenti mengambil dadah dan melakukan rawatan, dan kemudian keluar dari penjara dengan negatif HIV. - Mirror UK

banduan , HIV , berus gigi

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Tun M pandu Proton Saga baharu