suria

Iklan pemutih gigi cetus tanda tanya, wanita terlalu banyak gigi 'mengerikan'

Gambar iklan khidmat pemutihan gigi yang menunjukkan seorang wanita mempunyai terlalu banyak gigi. Foto Instagram

SEBUAH syarikat yang menyediakan perkhidmatan pemutihan gigi meraih perhatian netizen kerana iklan yang dipaparkan di laman sosial.

Ia memuar naik gambar seorang wanita senyum dan menunjukkan barisan gigihnya yang berwarna putih mutiara.

Bagaimanapun di sebalik dua barisan gigi itu, wanita itu dilihat mempunyai banyak gigi tambahan.

Secara purata, seorang dewasa sepatutnya mempunyai 32 batang gigi, tetapi gambar dalam iklan itu menunjukkan kira-kira 60 batang gigi.

Lebih 9,900 orang menyukai posting tersebut dan beribu-ribu daripadanya menyatakan kekeliruan terhadap gambar tersebut.

"Gambar ini disunting atau sesuatu? Saya tertanya-tanya," tanya seorang netizen. 

"Gambar ini merosakkan pagi saya," tulis yang lain.

"Macam mimpi ngeri," tambahnya.

"Ini bukan set gigi yang normal. Nampak mengerikan," ujar seorang lagi. - Mirror UK

gigi

Artikel Lain