suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-kanak dikenakan bayaran, bawa hadiah untuk hadiri parti hari jadi anak

Seorang wanita mengenakan caj ke atas tetamu kanak-kanak sempena parti hari jadinya. Foto E+

SEORANG ibu dikejutkan dengan jemputan ke parti go-kart yang diterima oleh anak lelakinya, membabitkan oerbelanjaan £70 (RM352.76) untuk menyertainya.

Dia berkongsi semua butiran menerusi satu posting di sebuah forum keibubapaan, Mumsnet.

Selain diminta untuk menyediakan baucar Amazon sebagai hadiah, ibu berkenaan kemudian menerima mesej daripada ibu kepada rakan anaknya yang menyambut hari ulang tahun itu.

Dia diminta untuk membayar wang sebagai deposit untuk bayaran pendahuluan go-kart, pengangkutan sehingga ke beberapa perkara lain.

"Saya dikemaskini dengan beberapa mesej yang meminta saya untuk membayar pendahuluan untuk go-kart £20 bakinya £30.

"Ia kemudian diikuti dengan permintaan £20 untuk pengangkutan," katanya.

Seorang netizen memberikan komen: "Dia pada dasarnya mahu semua orang membayar untuk hari ulang tahun anak lelakinya. Sudah tentu saya tidak akan biarkan anak saya membayarnya." - Mirror UK

hari jadi, go-kart

Artikel Lain