suria

Instafamous sanggup berenang di laut 'toksik' demi gambar cantik

Antara individu yang dikesan memuatnaik gambar di tasik tersebut di Instagram mereka.

JIKA sekali pandang tasik ini kelihatan seperti laut yang indah dengan warna kebiru-biruan seakan-akan Laut Caribbean.

Maka tak hairanlah ramai Instafamous sanggup datang ke tasik ini yang terletak di Rusia bagi mendapatkan gambar yang cantik.

Namun hakikatnya tasik itu merupakan lokasi pembuangan sisa-sisa toksik berbahaya dari loji jana kuasa berdekatan.

Malah warna kebiruan itu disebabkan oksida logam dan garam kalsium yang larut di dalam air tasik tersebut.

Tasik ini sering dikunjungi selebriti media sosial.

Sebuah syarikat loji jana kuasa yang memiliki tasik itu menggesa orang ramai supaya tidak lagi berenang di dalam tasik itu semata-mata untuk mendapatkan gambar yang cantik.

"Anda tidak boleh berenang di dalam tasik itu kerana ia dipenuhi sisa toksik berbahaya. Air itu beralkali tinggi. Jika terkena kulit boleh menyebabkan reaksi alahan," demikian menurut syarikat tersebut.

Tambah syarikat itu lagi, permukaan dasar tasik itu amat berlumpur dan menyukarkan seseorang untuk keluar dari kawasan tersebut.

"Oleh itu, kami menggesa orang ramai supaya tidak keterlaluan semasa berswafoto sehingga jatuh ke dalam tasik tersebut. Ini satu risiko besar," katanya. - Metro.co.uk

tasik toksik, Instafamous

Artikel Lain