Penggal kepala, tetak tangan rakan sekelas gara-gara cemburu mangsa asyik berkepit dengan kekasih - Dunia | mStar

Penggal kepala, tetak tangan rakan sekelas gara-gara cemburu mangsa asyik berkepit dengan kekasih

Lee (kiri) dibunuh secara kejam oleh Borges.

SEORANG remaja lelaki berusia 15 tahun memenggal kepala rakan sekelasnya gara-gara cemburu melihat kemesraan mereka.

Mathew Borges kini yang berusia 18 tahun dikenakan hukuman penjara 30 tahun atas dua kesalahan yang berjalan serentak setelah mengaku bersalah membunuh Lee Manuel Viloria-Paulino di sebuah mahkamah di Lawrence, Massachusetts pada Selasa.

Seorang hakim enggan menetapkan tempoh penjara minimum kerana faktor usia Borges semasa melakukan jenayah itu pada November 2016.

Ini bermakna dia mungkin memenuhi syarat untuk parol beberapa tahun akan datang.

Mana-mana suspek dewasa yang melakukan pembunuhan darjah pertama di Massachusetts secara automatik dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Semasa insiden itu Borges dan Lee merupakan pelajar di Sekolah Tinggi Lawrence.

Mayat Lee ditemui dekat pesisir pantai Merrimack River oleh seseorang yang berjalan bersama anjingnya.

Kepala Lee turut ditemui di kawasan berdekatan tetapi tangannya yang turut ditetak tidak ditemui sehingga hari ini.

Hasil bedah siasat mendapati mayat Lee mengalami 76 kesan luka. - Metro.co.uk

penggal kepala , tetak , bunuh , rakan

Artikel Lain