suria

Anak sakit perut disuruh tidur, ibu bapa tak sangka dia pergi buat selamanya

Keziah Deuk meninggal dunia pada Julai tahun lalu.

SEORANG kanak-kanak meninggal dunia pada Julai 2018 akibat sakit perut melampau.

Mangsa, Keziah Deuk sebelum itu mengalami sakit perut di sekolah.

Dia kemudiannya disuruh tidur di dalam bilik oleh ibu bapanya di kediaman mereka di Hove, Sussex timur.

Keesokan harinya, dia ditemui meninggal dunia di atas katil.

Bedah siasat mendapati dia mengalami sakit perut luar biasa yang digelar sigmod colon vulvulus.

Menerusi inkues, pakar pediatrik, Dr Andreas Marnerides berkata, usus besar mangsa berbelit sehingga ia menghentikan perjalanan darah.

Sepanjang 18 tahun bertugas di Hospital St Thomas, dia mengakui hanya berdepan kes sebegini dua kali sahaja. - Daily Star.

Artikel Lain