suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki maut ditendang lembu yang dicuri

Gambar hiasan.

SEORANG lelaki terbunuh selepas seekor lembu yang dicuri dia menendangnya di pangkal pahanya.

Menurut laporan Opindia pada Rabu lalu, mangsa berusia 50 tahun dikenali sebagai Govindappa mempunyai banyak kes rekod penyeludupan sebelum ini.

Ketika kejadian dia sedang mencuri lembu di sebuah ladang di Appenahalli.

Selepas menarik lembu itu sejauh 2 kilometer, lelaki tersebut cuba memasukkannya ke dalam sebuah kenderaan.

Namun malang buat Govindappa apabila lembu itu ''naik angin' dan menendangnya di bahagian pangkal paha yang menyebabkan kematian.

Govidappa dijumpai keesokan harinya di pinggir kampung.

Orang dari bandar memberitahu polis Nuggehalli mengenai kematiannya, dan hasil bedah siasat mengesahkan bahawa dia meninggal dunia akibat tendangan di ke pangkal paha. - The Star

Curi, lembu, tendang

Artikel Lain