suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Krew kabin bengang majikan kedekut, kurangkan amaun makanan percuma atas pesawat

Sebelah kanan set makanan yang disediakan kepada kabin krew sebelum majikan membuat pemotongan amaun (kiri).

SEKUMPULAN krew kabin sebuah syarikat penerbangan tidak berpuas hati dengan tindakan majikannya yang dianggap kedekut.

Ia berikutan pengurangan kuantiti makanan percuma yang disediakan kepada semua krew kabin.

Bukan sahaja kuantiti makanan dipotong daripada 400 gram kepada 200g, malah mereka juga terpaksa membayar sendiri untuk minuman, coklat dan snek.

Mereka mendakwa syarikat penerbangan di Norway itu kini dalam proses mengurangkan semua kos yang turut memberi kesan kepada perkara asas dan juga perkhidmatan.

Kesatuan Pekerja USO-Norway bimbang pengurangan amaun makanan itu akan memberi kesan kepada semua krew yang berada dalam tempoh panjang penerbangan.

Syarikat penerbangan tambang murah itu merupakan yang ketiga terbesar di Eropah selepas Easyjet dan Ryanair. - mirror-co.uk

makanan percuma, kabin krew, potong

Artikel Lain