suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maut diserang tiga jerung ketika sedang menyelam

Jordan Lindsey.

SEORANG gadis maut diserang tiga ekor jerung ketika sedang bercuti bersama keluarganya di Bahamas.

Jordan Lindsey, 21, dari Torrance, California sedang menyelam ketika dikelilingi haiwan tersebut.

Dia berenang berhampiran Kepulauan Rose kira-kira pukul 2 petang Rabu apabila ibu bapanya cuba menjerit kepadanya sebagai amaran sebelum dia diserang.

Bagaimanapun Lindsey tidak terdengar jeritan tersebut.

Pelajar Komunikasi Alam Sekitar itu mengalami kecederaan teruk dalam serangan berkenaan.

Tangan kanannya bukan sahaja koyak malah dia juga digigit di tangan kiri, kedua-dua kaki dan punggung.

Penyiasat percaya dia diserang tiga ekor jerung.

Polis Royal Bahamas berkata Lindsey disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di Nassau. - Mirror.co.uk

jerung, Bahamas

Artikel Lain