suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak maut ketika bermain bola sepak, pembuluh darah otak pecah

Petro menjalani dua pembedahan kecemasan tetapi gagal diselamatkan.

SEORANG kanak-kanak lelaki mendermakan organnya selepas maut semasa bermain bola sepak dengan rakan-rakannya.

Petro Dixon, 10, dilaporkan mengalami masalah jantung terhenti disebabkan pembuluh darah pada otaknya pecah.

Insiden berlaku di sebuah padang reaksi di Salford, Manchester pada Sabtu.

Pejalan kaki termasuk ahli kelab ragbi Cadishead Rhinos bergegas ke arah mangsa dan melakukan CPR sebelum pasukan paramedik tiba di lokasi kejadian.

Jantung Petro yang terhenti selama 20 minit kembali berdenyut selepas menerima rawatan doktor.

Petro dibawa ke hospital dan menjalani dua pembedahan kecemasan untuk membebaskan tekanan di otaknya tetapi dia gagal diselamatkan.

Kanak-kanak itu merupakan pemain bawah 11 tahun skuad De La Salle FC yang berpangkalan di Salford. - Metro.co.uk

Artikel Lain