suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syarikat Perancis hasilkan pil kentut, ubah bau busuk jadi harum seperti bunga mawar

Menurut Christin Poincheval, pil itu mula dicipta pada tahun 2007. Gambar Hiasan: Mirror.

SEORANG lelaki dari Perancis mendakwa dia berjaya mencipta pil untuk mengubah bau kentut.

Menurut Christin Poincheval, pengambilan pil itu membolehkan bau kentut yang busuk menjadi wangi mengikut perisa tertentu seperti coklat dan bunga mawar.

Dikenali menerusi jenama PilulePet, ia mula dicipta sekitar tahun 2007.

Menurut lelaki itu lagi, pil organik itu menggunakan bahan semulajadi sahaja.

Tambahnya lagi, pelanggan yang berterusan membeli pil itu membuktikan keberkesanan produk keluaran syarikatnya.

Ia menawarkan empat perisa iaitu Christmas Chocolate, May Day Lily, St Valentine Ginger serta Violet and Rose. - Mirror.

pil kentut, wangi, coklat

Artikel Sebelum

Artikel Lain