suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar dihalau keluar dari kelas kerana pertikai lebih daripada dua jantina

Rakaman yang dibuat oleh seorang pelajar semasa membahaskan mengenai lebih daripada dua jantina.

SEBUAH kesatuan mempertahankan seorang guru selepas seorang pelajar 'mencari masalah' apabila memberitahu secara saintifiknya tidak mungkin terdapat lebih daripada dua jantina.

Pelajar lelaki berusia 17 tahun itu secara senyap-senyap merakamkan insiden ketika ditegur oleh gurunya yang berumur 56 tahun di sebuah sekolah di Aberdeen, Scotland.

Menerusi video tersebut, kedengaran pelajar tersebut berkata 'saya fikir adalah tidak sepatutnya untuk mempunyai selain daripada dua jantina'.

Guru tersebut meminta pelajar terbabit tidak melontarkan pandangan tersebut.

Pelajar itu kemudian bertindak mencabar gurunya sebelum dihalau keluar dari kelas.

Tindakan gurut tersebut dipertikaikan pelajar berkenaan.

Majlis Aberdeenshire berkata, video itu tidak menunjukkan konteks penuh berhubung kejadian. 

Bagaimanapun, mereka memberitahu bahawa sekolah itu menyokong 'persekitaran yang lebih adil, menyeluruh untuk semua'. 

Pelajar tersebut ditegur kerana memuat naik video itu tanpa kebenaran sehingga ia dikongsi di laman sosial pada Jumaat lalu. - Metro UK

kelas, jantina, halau

Artikel Lain