suria

Pengantin koma, terjatuh dari tangga setinggi 12 kaki pada malam pertama

Chris Mallon (kiri) baru mengahwini Avril sebelum terjatuh dari tangga setinggi 12 kaki. Foto Daily Mail UK

SEORANG pengantin lelaki kini bertarung nyawa selepas terjatuh dari tangga setinggi 12 kaki, semasa dalam perjalanan ke bilik suite untuk menikmati percutian bulan madunya.

Lebih menyayat hati, kejadian berlaku pada malam pertama selepas majlis perkahwinannya.

Chris Mallon baru berkahwin dengan wanita pilihannya, Avril dan kini berdepan dengan risiko kecederaan otak selepas terjatuh pada awal pagi Sabtu lalu.

Insiden berlaku hanya beberapa jam selepas Chris yang berusia 50an dan Avril disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis yang dihadiri keluarga dan rakan-rakan di Uphall, West Lothian di Scotland.

Akibat kejadian itu, Chris dalam keadaan koma di hospital. Sejak itu, Avril menemani suaminya di wad.

Memetik laporan The Daily Record, Chris turut mengalami kecederaan pada bahagian belakang badannya dan kerosakan hati. - Daily Mail UK


pengantin, koma, terjatuh, perkahwinan

Artikel Lain