suria

Ngeri! Wanita cedera terjatuh buaian gergasi di taman tema

Foto sekitar kejadian itu yang dikatakan berlaku pada 14 Jun lalu.

MALANG tidak berbau, begitulah gambaran nasib seorang wanita apabila dia cedera akibat kemalangan di sebuah taman tema.

Menerusi kejadian itu, mangsa terjatuh sewaktu sedang menaiki permainan buaian gergasi.

Bagaimanapun, dia masih mampu berdiri selepas terjatuh ke atas tanah.

Pengendali taman tema yang menyaksikan kejadian turut menghentikan seketika operasi permainan itu.

Kecederaan mangsa bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Video kejadian turut menjadi tular di media sosial.

Menurut laporan, kejadian berlaku pada 14 Jun lalu di Taman Tema Kataplum, Plaza las Antenas, Mexico. - India Today.

Artikel Lain