suria

Gelandangan maut 'rumah' di tepi lebuh raya terbakar

Pasukan kecemasan di lokasi kejadian. Foto TfLTrafficNews

SEORANG gelandangan maut selepas khemah yang menjadi 'rumahnya' yang terletak di sebelah lebuh raya di United Kingdom, terbakar.

Polis menerima panggilan kira-kira pukul 11.45 malam Selasa waktu tempatan berhubung kebakaran di tepi lebuh raya menghala ke selatan.

Briged Bomba London dan pasukan kecemasan tiba di lokasi kejadian dan mendapati terdapat sebuah khemah sedang terbakar.

Dua lelaki yang merupakan gelandangan mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital.

Pihak hospital kemudian mengesahkan salah seorang daripada mangsa meninggal dunia. - Metro UK

gelandangan, terbakar

Artikel Lain