suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketagih aplikasi TikTok, wanita bunuh diri sambil rakam video selepas dimarahi suami

Aplikasi TikTok mempunyai lebih 120 juta pengguna aktif di India.

SEORANG wanita yang obses dengan aplikasi video TikTok membunuh diri selepas dimarahi suaminya.

Anitha dari Tamil Nadu, India dikatakan berang apabila ditegur suami berhubung ketagihan aplikasi itu.

Malah, dia turut membuat rakaman TikTok sewaktu menelan racun pada Khamis lalu.

Menerusi video itu, dia dilihat menelan cecair hitam sebelum mengalami batuk.

Wanita itu kemudiannya ditemui meninggal dunia.

Untuk rekod, TikTok mempunyai lebih 120 juta pengguna aktif di India.

Beberapa bulan sebelum ini, suami Anitha pernah membuat teguran agar dia mengurangkan masa bermain TikTok dan lebih fokus kepada keluarga mereka. - Daily Star.

Artikel Lain