suria

Wanita terkejut lihat kamera tersembunyi bawah sinki dalam tandas kafe

Sebuah kamera yang ditemui di bahagian bawah sinki dalam sebuah kafe di Essex, England.

KEWUJUDAN kamera tersembunyi sememangnya menjadi igauan ngeri buat mana-mana individu.

Lebih teruk jika ia diletakkan di lokasi seperti tandas atau bilik tidur.

Baru-baru ini, seorang wanita terkejut apabila menemui kamera tersembunyi di bahagian bawah sinki dalam sebuah tandas.

Kejadian itu berlaku di sebuah kafe di Essex, England.

Ujar Stacey Shah, dia bersama dan anak singgah ke kafe itu selepas membeli-belah.

Tambahnya, dia tidak menyangka bahawa ada individu yang sanggup meletakkan kamera tersembunyi di lokasi itu.

"Saya letakkan tisu di kamera itu kerana risau nasib orang lain yang masuk tandas selepas saya.

"Saya tunjukkan pada kakitangan kafe, mereka pun baru tahu selepas saya tunjukkan gambar," ujarnya.

Kamera itu dibuang segera selepas aduan dibuat oleh Stacey.

Satu laporan polis turut dibuat berhubung kejadian itu. - Mirror.

Artikel Lain