suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 nahas pesawat model Max 737, CEO Boeing akhirnya mengaku sistem amaran kokpit bermasalah

Pesawat Lion Air yang terhempas tempoh hari merupakan model 737 Max keluaran Boeing. FOTO: The Jakarta Post.

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Boeing, Dennis Muilenburg mengakui kesilapan syarikat itu berhubung masalah sistem amaran kokpit pada pesawat Max 737.

Syarikat itu sebelum ini terlibat dengan dua nahas udara melibtakan pesawat berkenaan yang menyaksikan kematian 346 penumpang.

"Jelas sekali kami mempunyai kesilapan dalam melaksanakan amaran. Kami akan mengambil masa untuk memastikan pesawat model ini selamat," ujarnya.

Dia berkata demikian sewaktu sidang media sebelum acara Paris Air Show pada Ahad.

Ujar Muilenburg, nahas Lion Air dan Ethiopian Airlines melibatkan model pesawat itu merupakan satu detik malang buat Boeing.

Malah, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA)
turut menyalahkan Boeing kerana tidak memaklumkan petugas mengenai petunjuk keselamatannya yang tidak berfungsi. - ABC.

Boeing, CEO, Dennis Muilenburg, Lion Air

Artikel Lain