Bengang anak dilarang ke sekolah kerana bertindik, bapa protes 'gam' tangan pada pagar sekolah

Geoff melakukan protes di hadapan pagar sekolah anak perempuannya.

SEORANG bapa yang bengang dengan tindakan pihak sekolah yang menghantar anaknya pulang ke rumah gara-gara bertindik, akhirnya melakukan protes di sekolah terbabit.

Geoff Smith, 49, meletakkan gam pada tangannya dan bertindak menggenggam besi pagar hadapan sekolah anaknya itu sebagai tanda protes.

Bobbiemay Smith, 14, dari Leeds telah diberi amaran oleh guru-gurnya bahawa dia tidak boleh memasuki kelas sekiranya tidak menanggalkan subang yang dipakainya itu.

Namun bapanya mendakwa subang itu bukan sembarangan tetapi ia sebenarnya membantu anaknya yang mengalami masalah migrain.

Bobbiemay tidak lagi mengalami migrain selepas menindik bahagian rawan telinga sejak lima minggu lalu.

Geoff bagaimanapun tidak ditahan atas perbuatannya itu.

Geoff turut membuat siaran langsung aksi protesnya di hadapan sekolah tersebut ketika orang ramai sedang rehat makan tengah hari.

"Saya sudah meletakkan gam pada tangan saya di besi pagar ini. Anak saya mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan.

"Gam ini membakar tangan saya tetapi saya sanggup menahan kesakitan ini supaya hidup anak saya tidak menderita," katanya.

Geoff berkata dia meletakkan gam pada tangannya dan sejenis plaster dikenali sebagai Polyfilla sebelum menggenggam besi pagar sekolah terbabit.

Pasukan bomba dan polis dikejarkan ke lokasi kejadian dan membantu Geoff mengeluarkan tangannya.

Polis tidak menahan Geoff dan dia dipanggil untuk berunding dengan pihak sekolah. - Metro.co.uk

gam tangan, protes, bertindik

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain