suria

Tertarik picu ketika rakam video Tik Tok, remaja maut ditangan sepupu

ASYIK merakam video sambil memegang senjata api untuk aplikasi Tik Tok, tiba-tiba tertarik picu hingga mengakibatkan seorang remaja maut terkena tembakan.

Lebih memilukan lelaki yang tanpa sengaja melepaskan tembakan itu adalah saudara sepupu kepada mangsa.

Kejadian itu berlaku di sebuah hotel di Maharashtra, India, pada Khamis.

Menurut anggota polis,  Anil Katke, semasa kejadian, terdapat lima lelaki bersaudara di dalam bilik hotel itu berusia antara 17 hingga 11 tahun.

“Difahamkan suspek tidak sengaja tertarik picu senjata itu semasa sedang bergaya mengambil video.

“Polis telah memberkas dua daripada mereka atas kesalahan cubaan membunuh manakala dua lagi masih bebas,” kata Anil Katke kepada pihak media.

Menurut Katke, keempat-empat lelaki berkenaan dilaporkan panik sebelum mengancam kakitangan hotel menggunakan pistol sebelum melarikan diri.

Sebelum ini, India pernah menyekat rakyatnya menggunakan aplikasi berkenaan pada April, namun mengaktifkannya semula selepas dibincangkan secara terbuka.

Tik Tok merupakan salah sebuah aplikasi paling popular di India dengan sekitar 300 juta pengguna. -Straitstimes.com

Tik Tok, picu, video, India

Artikel Lain