suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Setengah jam selepas bersalin, wanita ini gigih jawab kertas peperiksaan sekolah

Almaz menjalani peperiksaan di hospital.

SELEPAS setengah jam melahirkan bayi, seorang wanita terus menduduki peperiksaan sekolah menengah di sebuah hospital.

Tiada apa yang dapat menghalang Almaz daripada menduduki peperiksaan bagi menamatkan persekolahannya.

Pihak polis ditugaskan untuk menghantar kertas-kertas soalan tersebut. Manakala pengawal juga ditempatkan bagi memantau Almaz ketika sedang menjawab peperiksaan.

Almaz dari Metu Ethiopia barat sebelum ini berharap dapat menjalani peperiksaan sebelum bayinya dilahirkan.

Namun peperiksaan sekolah menengah itu ditunda kerana bulan Ramadan.

Dia dikejarkan ke bilik bersalin Isnin lalu dan selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Di Ethiopia ramai remaja perempuan tidak menamatkan sekolah menengah. - mirror.co.uk

Bersalin, peperiksaan, hospital

Artikel Lain