Penderaan seksual: Bekas jurulatih dihumban ke penjara selepas 'perangai sebenar' terbongkar - Dunia | mStar

Penderaan seksual: Bekas jurulatih dihumban ke penjara selepas 'perangai sebenar' terbongkar

Higgins dijatuhi hukuman penjara selama 24 tahun 3 bulan.

BEKAS jurulatih bola sepak dipenjara 24 tahun, tiga bulan selepas aktiviti sebenarnya terbongkar.

Bob Higgins, 66, dari Southampton dijatuhi hukuman penjara selepas hampir 25 tahun melakukan penderaan seksual terhadap pemain-pemain muda sepanjang bergelar jurulatih program di Southampton dan Peterborough United.

Tahun lalu dia didapati bersalah kerana melakukan serangan lucah dan 45 lagi tuduhan di Mahkamah Bournemouth Crown.

Higgins ketika bergelar jurulatih pasukan muda.

Dia didakwa melakukan 'latihan' mengurut menggunakan sabun terhadap sekumpulan pemain di rumah dan di dalam keretanya.

Bagaimanapun sesetengah mangsa menganggap Giggins seperti tuhan, mentor dan seorang ayah.

Sesetengah mangsa pula mengaku tidak berani untuk membuat aduan kerana bimbang karier sebagai pemain akan berakhir.

Namun selepas seorang demi seorang mangsa tampil bercerita mengenai penderitaan itu termasuk rasa malu, rasa bersalah dan depresi lebih sedekad, malah ada yang pernah terfikir untuk membunuh diri, akhirnya Higgins menerima hukuman. - mirror.co.uk

Jurulatih , penderaan seksual

Artikel Berikut

Warga UK menang loteri AS$156 juta

Artikel Lain

Ibu Mawi meninggal dunia

Cik Puan Muda Pahang kemalangan