suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita selamat lahirkan bayi dalam kereta api ketika perjalanan ke konsert Backstreet Boys

Gambar hiasan bayi.

SEORANG wanita selamat melahirkan seorang bayi perempuan di dalam sebuah kereta api.

Wanita yang tidak didedahkan namanya itu bertuah memandangkan ketika melahirkan bayinya itu, dia dibantu oleh seorang doktor dan jururawat yang tidak bertugas kebetulan turut berada dalam kereta api itu.

Kereta api itu dihentikan Stesen Kildare pada pukul 5 petang Selasa selama 80 minit sebelum pasukan paramedik tiba dan dibawa ke hospital.

Kerjasama daripada semua penumpang melancarkan urusan wanita itu melahirkan bayinya.

Dan sebaik sahaja bayi selamat dilahirkan, semua penumpang bersorak kegembiraan.

Rata-rata penumpang dalam perjalanan ke Dublin bagi menyaksikan konsert Backstreet Boys di 3arena.

“Semua orang memberi kerjasama dan ruang privasi kepada wanita itu,” ujar salah seorang penumpang Ciaran Flynn. – Mirror.co.uk      

Ireland, Kereta Api, wanita beranak

Artikel Lain