Lupakan telefon pintar seminggu, ganjaran lebih RM4,000 guna telefon bimbit 'flip'

Telefon bimbit jenis 'flip'. Foto wir_sind-klein/Pixabay

TELEFON bimbit jenis 'flip' pernah menjadi telefon terhangat sebelum ini, tetapi kini ia dianggap sebagai antik.

Syarikat-syarikat pula nampaknya membayar kepada sesiapa yang menggunakan telefon jenis 'flip' berbanding telefon pintar.

Sempena menyambut ulang tahun ke-30 pertama kali telefon 'flip' diperkenalkan, penyedia perkhidmatan telefon dan Internet, Frontier Communications mengumumkan bahawa ia akan membayar kepada sesiapa sebanyak AS$1,000 (RM4,163) sekiranya menggunakan telefon itu.

Syaratnya adalah individu berkenaan tidak boleh menggunakan telefon pintar mereka selama seminggu dan bertukar menggunakan telefon 'flip'.

Bagi melayakkan diri sebagai pemenang bertuah, mereka perlu merekod berapa lama ia mengambil masa untuk melakukan tugasan mudah.

Antara tugasan tersebut seperti menghantar mesej atau emel menggunaka telefon berkenaan, berapa lama mereka dapat tidur dan sama da produktiviti mereka bertambah dalam eksperimen seminggu itu. - odditycentral


Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain