suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sedih anjing kesayangan mati dibaham buaya, lelaki bunuh diri keesokan harinya

Anjing milik Epp yang mati dibaham buaya.

SEORANG lelaki membunuh diri akibat kecewa selepas anjing peliharaannya mati.

Andrew Epp, 36, ditemui meninggal dunia pada Sabtu, kurang 24 jam selepas anjing miliknya mati dibaham buaya di Palmetto, Florida.

Epp yang mengalami masalah mental keluar bersama anjingnya pada hari kejadian.

Anjing itu dikatakan berlari ke kawasan berpaya sebelum ia dibaham buaya.

Epp kelihatan memangku anjing miliknya yang cedera dan berdarah.

"Saya tak boleh bayangkan kesengsaraan yang dilalui lelaki itu," ujar seorang saksi di tempat kejadian.

Menurut warga setempat, kejadian anjing dibaham buaya di lokasi itu bukanlah perkara asing.

Dalam temph lima tahun ini, sudah tiga ekor anjng mati dibaham buaya.- Daily Mail.

 

Artikel Lain