suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Model terlantar sakit, baru 28 tahun tapi kelihatan tua disebabkan penyakit dialaminya

Sara Geurts.

SEORANG model terlantar sakit disebabkan keadaan kulit yang menyebabkan dia kelihatan lebih tua berbanding usia sebenarnya.

Sara Geurts, 28, mengalami sindrom Dermatosparaxis Ehlers-Danlos, suatu keadaan genetik yang menyebabkan kulitnya mengendur.

Gadis dari Minneapolis, Minnesota itu mempunyai kulit yang lembut dan berminyak selain sendi dan ototnya lemah disebabkan penyakit tersebut.

Namun dia tidak menjadikan penyakit itu sebagai halangan untuk menjadi seorang model kira-kira dua tahun lalu.

Sejak itu dia mempunyai seramai 76,000 pengikut di Instagram.

Sara kini tidak dapat makan dan semakin kurus.

Walaupun berjaya mencipta namanya dua tahun lalu, keadaan kesihatan Sara kini semakin merosot.

Dia kini terlantar sakit dan tidak boleh makan.

"Musim sejuk yang lalu paling sukar. Saya fikir dalam masa dua bulan sahaja saya bertemu doktor selama 10 kali.

"Saya hilang berat badan mendadak - kira-kira enam kilogram. Jadi itu amat dramatik bagi saya. Keadaan saya juga mengundang simpati ramai," katanya.

Jelas Sara, dia menyedari sesuatu yang pelik mengenai tubuhnya ketika dia berusia 17 tahun. - Mirror.co.uk

Artikel Lain