suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syarikat Jepun perkenal insuran buli untuk lindungi murid sekolah, ibu bapa tak perlu risau lagi

Peguam dari syarikat itu juga akan membantu dari segi dokumentasi dan pengumpulan bukti. FOTO: Verywell Family.

MENURUT kajian Kementerian Pendidikan, Budaya, Sukan dan Sains Jepun, terdapat 410,000 kes buli melibatkan murid sekolah di negara itu.

Ia menjadi pencetus kepada insuran buli yang diperkenalkan oleh syarikat yang dikenali sebagai Yell.

Ibu bapa yang membeli insuran itu boleh berunding dengan peguam syarikat untuk meneruskan tuntutan undang-undang sekiranya anak mereka dibuli.

Malah, peguam juga akan membantu dari segi dokumentasi dan pengumpulan bukti.

Insuran buli itu ditawarkan pada harga AS$24 (RM100.52) sebulan.

Selain itu, ia turut merangkumi yuran perubatan sekiranya mangsa mengalami kecederaan akibat dibuli.

Sekiranya insuran buli itu berjaya di Jepun, syarikat-syarikat lain dari seluruh dunia dijangka akan memperkenalkan perkhidmatan sama tidak lama lagi. - Daily Star.

insuran buli, Yell, Jepun, murid

Artikel Lain