suria

Tersedar salah naik pesawat setelah tiba ke destinasi, lelaki amuk salahkan anak kapal cuai

Kejadian itu berlaku melibatkan penerbanga Ryanair pada Isnin.

SEORANG penumpang pesawat Ryanair mengamuk gara-gara dia menaiki penerbangan yang salah.

Berang dengan kejadian itu, dia mula menjerit kepada anak kapal.

Menerusi kejadian pada Isnin, dia tiba di Bari, Itali selepas menaiki penerbangan itu.

Dia sepatutnya menaiki penerbangan lain ke Caligari, Sardinia.

"Saya pergi ke pintu yang salah, kenapa kamu benarkan saya masuk selepas memeriksa tiket saya," ujarnya yang menyalahkan anak kapal.

Tambah lelaki itu, dia juga sudah kehabisan wang untuk membeli tiket lain.

Video amukan lelaki itu turut tular di Twitter.

Dalam pada itu, Ryanair menerusi satu kenyataan berkata mereka akan menyiasat kes itu. - Daily Mail.

Artikel Lain