Kejam! Lelaki bakar dua gelandangan sedang tidur bawah jambatan diburu polis - Dunia | mStar

Kejam! Lelaki bakar dua gelandangan sedang tidur bawah jambatan diburu polis

Paparan skrin rakaman kejadian berkenaan.

KEJAM, begitulah yang dapat digambarkan mengenai perbuatan seorang lelaki menerusi satu kejadian di Mataderos, Buenos Aires, Argentina.

Menerusi satu rakaman tular, lelaki itu menyimbah cecair keatas dua lelaki gelandangan yang tidur di bawah jambatan.

Dia kemudiannya menghidupkan api sebelum dua gelandangan itu cuba bangun untuk menyelamatkan diri.

Lebih kejam, dia kemudiannya lari dan menaiki kereta sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

Menurut penyiasat, video itu berlaku pada awal bulan ini dan ia baru sahaja tular pada minggu ini.

Salah seorang mangsa yang berusia 38 tahun dirawat di Hospital Municipal de Quemados akibat kesan terbakar di badan.

Seorang lagi mangsa turut dihantar ke hospital sama dan mengalami kecederaan di lengan dan wajah. 

Polis kini sedang memburu suspek kejadian itu. - Mirror.

gelandangan , dibakar

Artikel Berkaitan

Artikel Lain