Lagak ngeri untuk kumpul dana bantu ibu sakit, lelaki maut jatuh bangunan 62 tingkat - Dunia | mStar

Lagak ngeri untuk kumpul dana bantu ibu sakit, lelaki maut jatuh bangunan 62 tingkat

Detik malang apabila Wu Yongning terlepas cengkaman sebelum terjatuh dan ditemui mati.

KISAH seorang pemuda yang terjatuh dari bangunan setinggi 62 tingkat ternyata menyentuh hati ramai.

Biarpun perbuatan memanjat bangunan itu dianggap kurang bijak, dia melakukan perkara itu untuk mengumpul wang.

Lebih pilu, wang itu mahu digunakan untuk membantu ibunya yang sakit dan menampung perbelanjaan perkahwinannya.

Wu Yongning, 26, meninggal dunia dalam kejadian pada November 2017.

Pada waktu itu, dia melakukan aksi ngeri itu bagi membolehkan ia dirakam dan dimuat naik ke laman sosial.

Dengan rakaman itu, dia berupaya mendapatkan wang.

Malah, teman wanitanya turut mendedahkan jika video Wu Yongning menjadi tular, dia akan menerima wang yang lumayan, berdasarkan persetujuan kontrak yang ditandatangani lelaki itu.

Namun, tidak dapat dipastikan siapa yang menaja hadiah wang tunai itu. - The Sun.

Artikel Lain