suria

Pentagon mengaku siasat kes UFO sebagai sebahagian inisatif rahsia yang ditutup pada 2012

Kerajaan AS mengakui ada menyiasat mengenai dakwaan UFO.

BADAN pertahanan Amerika Syarikat mengesahkan minat Pentagon dalam menyiasat kes UFO.

Disifatkan sebagai fenomena udara tidak dikenali, ia merupakan sebahagian daripada inisiatif rahsia pihak itu yang ditutup pada tahun 2012.

"Kenyataan itu menjelaskan bahawa mereka benar-benar mengkaji benda yang digelar sebagai UFO oleh orang ramai," ujar wakil itu.

Menurut laporan Politico, garis panduan turut dikeluarkan oleh pihak itu bagi membolehkan urusan laporan dan siasatan UFO dapat dijalankan.

Malah, pasukan tentera laut juga banyak melaporkan penampakan objek itu.

"Wujud banyak laporan mengenai UFO yang memasuki kawasan tentera sejak beberapa tahun lepas," ujar jurucakap tentera laut kepada Politico. - Daily Mail.

UFO, tentera laut

Artikel Lain