suria

Telefon palsu 'umpan' buat penjenayah sewaktu dirompak

Telefon pintar palsu yang dibeli sebagai umpan kepada perompak secara luarannya sama seperti telefon sebenar. Gambar sekadar hiasan Foto Pexels/Pixabay

ROMPAKAN bersenjata menjadi kebiasaan di bandar Mexico, menyebabkan orang ramai mempunyai idea untuk menjadikan umpan kepada perompak daripada ditembak kerana enggan memberikan barangan peribadi.

Berjalan di jalan atau menaiki pengangkutan awam di bandar Mexico dikatakan berisiko.

Menurut data yang dikeluarkan baru-baru ini, secara purata 70 kes samun di laporkan di ibu negara Mexico dalam tempoh empat bulan pertama 2019.

Kira-kira dua pertiga jenayah itu menyasarkan pejalan kaki, manakala selebihnya boleh berlaku kepada penumpang pengangkutan awam dan pengguna kenderaan yang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas atau berhenti di lampu isyarat.

Insiden seumpama itu meningkat, dan lebih parah orang ramai kini membeli telefon palsu untuk diserahkan kepada penyamun daripada telefon mereka yang sebenar.

Telefon pintar palsu dilaporkan berharga antara AS$15 (RM62.80) dan AS$25 (RM104.60), dan kelihatan seperti yang asli.

Secara luarannya, rekaan dan penjenamaan telefon pintar palsu sama dengan model telefon pintar popular dan mempunyai 'startup' pada skrin.

Di dalamnya pula mengandungi kepingan metal yang menjadikan ia berat seperti telefon pintar yang sebenar. - odditycentral

telefon pintar

Artikel Lain