suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja bakar bangkai tikus sebab bosan undang padah, kedai basikal pun habis terbakar

Sebuah kedai basikal musnah terbakar. Foto Archant

DUA pekerja di sebuah kedai basikal di Bury St Edmunds, England bertindak membakar beberapa bangkai tikus yang ditemui mereka selepas berasa bosan di tempat kerja.

Tindakan itu bagaimanapun mengundang padah apabila api tidak terkawal dan mengakibatkan kebakaran berlaku.

Malah, api begitu marak sehingga menyebabkan kebakaran di restoran dan pub berdekatan.

Kedai basikal tersebut musnah terbakar dan mengalami kerugian £1.6 juta (RM8.5 juta).

Menurut pendengaran Mahkamah Ipswich Crown pada Selasa, Dysney Sibbons dan Ashley Finley bertindak membakar bangkai tikus kerana mahu menceriakan hari bosan mereka.

Kedua-dua mereka mengaku bersalah pada hari pertama perbicaraan itu.

Dalam kejadian itu pada akhir September 2017, pasukan bomba membabitkan lebih 60 anggota memadamkan kebakaran. - Daily Star

tikus, terbakar

Artikel Lain