suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belum bekerja walaupun 400 permohonan dibuat sejak dua tahun lalu, "Saya amat bosan"

Hopes memerlukan pekerjaan tetap untuk menampung pengajiannya di peringkat ijazah. Foto: SWNS

SETIAP minggu seorang lelaki menghantar empat permohonan kerja sejak dua tahun lalu, namun sehingga sekarang masih belum mendapat apa-apa pekerjaan.

Jake Hopes berharap dia mendapat pekerjaan tetap selepas dua tahun melakukan pekerjaan termasuk di restoran makanan segera.

Hopes,23, juga turut mempunyai pengalaman dalam bidang perkhidmatan pelanggan dan pemasaran.

Namun jauh di sudut hatinya dia kecewa kerana masih belum mempunyai pekerjaan tetap.

Jelas Hopes beberapa kali dia menghadiri temuduga, namun gagal mendapat sebarang pekerjaan.

“Saya tidak dapat kerja di Pizza Hut, tempat yang selalu mengambil pekerja.

“Terlalu ramai orang yang memohon pekerjaan itu, dan ia sangat sukar untuk dapatkan sebarang posisi.

“Saya perlukan wang untuk menyambung ijazah. Tanpa kerja, saya tidak dapat berbuat demikian.

“Ia sangat mengecewakan. Banyak masa diluangkan di rumah dan saya sangat bosan,” jelasnya.-metro.co.uk



kerja kosong, gagal, 400 permohonan

Artikel Lain