suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keluarga sewa Airbnb terkejut ada 'penghuni' lain, buaya selamba jumpa 'kembar' di kolam

Seekor buaya ditemui di atas pelampung buaya di kolam renang di sebuah rumah. Foto Dave Jacobs

PERCAYA atau tidak, seekor buaya ditemui di dalam kawasan rumah.

Begitulah yang dialami oleh seorang penduduk di Georgia, Dave Jacobs sekeluarga yang melawat Florida, Amerika Syarikat (AS) bagi menghadiri majlis perkahwinan.

Mereka menyewa Airbnb mewah di Miami dan mendapati sudah ada 'penghuni' yang menggunakan kolam renam di kediaman itu.

Apa yang mengejutkan mereka apabila seekor buaya berada di atas pelampung menyerupai buaya di tengah kolam renang.

Bercakap kepada New Times, Dave berkata, 'penghuni' yang tidak membayar khidmat sewa kediaman itu merupakan sesuatu yang luar biasa.

Isteri Dave kemudian menghubungi pemilik rumah dan pasukan kawalan haiwan turut dihubungi.

Mereka menjelaskan bahawa ia merupakan musim buaya yang menyebabkan haiwan reptilia itu berkeliaran.

Lokasi kediaman tersebut pula berdekatan habitat buaya. - Daily Star 




Airbnb, buaya

Artikel Lain