Lelaki terkaya Asia beli rangkaian gedung permainan Hamleys - Dunia | mStar

Lelaki terkaya Asia beli rangkaian gedung permainan Hamleys

Antara cawangan Hamleys.

LELAKI terkaya di Asia, Mukesh Ambani memuktamadkan satu lagi perjanjian untuk mengembangkan perniagaan runcitnya.

Reliance Brands Ltd bersetuju untuk membeli rangkaian gedung permainan dari Britain berusia 259 tahun itu daripada C.Banner International Holdings Ltd dengan satu jumlah yang tidak didedahkan, menurut Reliance Industries Ltd dalam satu kenyataan pada lewat Khamis.

Ia memberitahu, transaksi itu akan melonjakkan Reliance Brands menjadi pemain utama dalam industri runcit permainan global.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah paling mahal, besar di dunia, hanya untuk lima orang!

ARTIKEL BERKAITAN: Kasih seorang abang... Lelaki terkaya Asia selamatkan adik dari dipenjara, tolong bayar hutang

Pengambilalihan itu adalah yang terbaharu dalam pembelian bagi Ambani untuk perniagaan penggunanya.

Menurut Ambani, beliau akan memperuntukkan hampir jumlah perolehan konglomeratnya sebagai perniagaan teras menjelang 2028.

Tambahnya, Hamleys akan memberikan Reliance 167 gedung di 18 negara.

Syarikat itu sudah pun menjadi francisi induk bagi gedung permainan itu di India, dengan 88 cawangan. - Bloomberg

Artikel Berkaitan

Artikel Lain