suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Semua lampu terpadam, penumpang terkejut pesawat disambar petir sewaktu mendarat

Sewaktu kejadian, pesawat itu dalam perjalanan dari Ibiza ke Cardiff, United Kingdom (UK). FOTO: Getty

SETIAP kali menaiki kapal terbang, penumpang pastinya berharap dapat tiba ke destinasi dengan selamat.

Baru-baru ini, sejumlah penumpang dalam pesawat dari Ibiza ke Cardiff, United Kingdom (UK) berhadapan dengan detik cemas yang cukup menakutkan.

Sewaktu pendaratan, pesawat berkenaan disambar petir.

Menurut penumpang, mereka terkejut mendengar bunyi letupan yang kuat.

"Dalam 30 minit sebelum tiba ke Cardiff, pesawat melalui pergolakan udara.

"Masa tu tak dapat tengok apa-apa dari tingap pesawat disebabkan keadaan cuaca yang buruk.

"Selepas itu kami dengar bunyi letupan, emua lampu dalam pesawat terpadam. Saya juga dengar orang menangis," ujar Cath Emery.

Bagaimanapun, pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Cardiff dan tiada sebarang kecederaan dalam kalangan penumpang dilaporkan. - Daily Star.

dipanah petir, pesawat, penerbangan

Artikel Lain