suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekumpulan ibu 'membawang' tak puas hati dengan caj hadir parti hari jadi kanak-kanak

SEORANG ibu mengenakan bayuaran sebanyak RM80 seorang kepada kanak-kanak jika ingin hadir ke majlis hari jadi anaknya.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, beberapa ibu bapa kanak-kanak mula 'mengata' terhadap wanita tersebut.

Salah seorang kawan baik wanita itu berkongsi pandangan di kolum Miss Conduct  mengenai tindakan tersebut.

"Saya merupakan kawan baiknya.

"Dia adalah seorang yang penyayang dan hebat. Tetapi setiap tahun dia mengenakan caj kepada orang yang hadir ke parti hari jadi anak perempuannya.

"Jika berlangsung di venue tertentu, email jemputan akan memberitahu 'sila bawa $20 (£15) untuk bayaran kos anak anda'.

"Jika diadakan dirumahnya, akan disediakan bakul atau sampul surat untuk 'derma'," jelasnya wanita dari Ludlow itu.

Tambahnya yang tidak mahu dikenali berkata, mereka bukan miskin.

"Ramai orang bercakap tentang perkara ini di belakangnya. Patutkah saya berkata sesuatu?".

Penulis kolum Miss Conduct, Robin Abrahams menjawab persoalan yang ditimbulkan wanita itu.

"Oh ya. Jangan beritahu mengenai orang bercakap di belakangnya atau beritahu sahaja 'kami semua rasa yang sama'.

"Tetapi ya perlu diberitahu sebelum anaknya sedar situasi sebenar dan memalukan emaknya.

"Jaga kewangan anda sendiri. Kecuali anda  adalah akauntannya, anda tidak tahu situasi kewangan sebenarnya." - mirror.co.uk

caj, parti hari jadi, ibu

Artikel Lain