suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki dibelasah gara-gara 'mulut celupar' kongsi penamat filem Avengers: Endgame

Lelaki (baju putih) diberi rawatan selepas dibelasah peminat-peminat filem Avengers.

GARA-gara ‘mulut celupar’ seorang lelaki yang mendedahkan penamat filem Avengers: Endgame, menerima padah apabila dibelasah oleh sekumpulan penonton yang sedang beratur untuk menyaksikan filem tersebut di sebuah pawagam di Hong Kong.

Menurut media tempatan, dalam kejadian di Causeway Bay itu, lelaki berkenaan dibelasah sehingga berdarah kerana bercerita dengan kuat penamat filem tersebut yang juga merupakan sekuel filem Avengers: Infinity War.

Penamat filem yang paling dinantikan pada tahun 2019 itu amat penting kepada peminat filem Blockbuster Marvel ini, sehinggakan adik-beradik Russo yang juga pengarah filem berkenaan menulis surat terbuka kepada peminat dan meminta mereka agar tidak menceritakan penamat filem tersebut kepada yang belum menonton.

Joe Russo dan Anthony Russo menandatangani surat terbabit berserta tanda pagar #DontSpoilTheEndgame.

Dalam Twitternya memberitahu: "Untuk peminat suluruh dunia, inilah. Inilah pengakhirannya."- Dailymail.co.uk

Avengers Endgame, belasah

Artikel Lain