suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elak masalah BDD, pelanggan perlu jalani ujian mental sebelum suntik botox

Rawatan kesihatan mental sebelum suntikan botox dijalankan. Foto: Getty image

PELANGGAN yang ingin melakukan prosedur kosmetik perlu menjalani ujian kesihatan mental terlebih dahulu.

Staf yang menjalankan rawatan suntikan botox akan dilatih untuk mengenalpasti pelanggan-pelanggan mereka sama ada mempunyai masalah mental seperti body dysmorphic disorder (BDD) yang menyebabkan seseorang itu mengalami obses kecantikan.

Sekiranya pelanggan mempunyai tanda-tanda masalah itu, mereka akan dirujuk kepada bahagian kesihatan England.

Bagaimana pun, ada juga pusat kecantikan tidak menggunakan prosedur ini sekaligus memberi risiko kepada pelanggan.

Kitty Wallace dari pusat BDD berkata: “Prosedur kosmetik seperti suntikan botox kini semakin meluas tanpa had, meletakkan manusia dalam risiko dan berdepan dengan kesan buruk pada kesihatan mental terutamanya golongan muda.” -Metro.co.uk

botox, mental

Artikel Lain