suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tatu di jari pengganti cincin kahwin, ramai kata ia idea bernas

Antara pasangan yang menggantikan cincin perkahwinan dengan tatu.

SEBELUM mendirikan rumah tangga, banyak perkara perlu diambil kira.

Selain aspek kehidupan selepas berkahwin, persiapan untuk majlis juga sangat penting.

Yang lebih penting tentunya cincin yang menjadi simbol penyatuan dua jiwa.

Namun, semua tahu harga untuk memiliki cincin bukanlah murah.

Disebabkan itu, ramai yang menyifatkan idea beberapa pasangan untuk menggantikan cincin dengan tatu di jari sebagai idea yang cukup bernas.

Posting-posting itu yang dimuat naik ke laman sosial menerima reaksi positif.

Selain kos lebih murah, ia juga tidak akan hilang dan kekal sampai bila-bila.

"Gaya hidup dan tugas kerja menyebabkan kami tak sesuai untuk memakai cicin. Jadi kami ganti dengan tatu cincin," ujar satu pasangan menerusi laman Instagram. - Daily Star.

tatu, cincin, kahwin

Artikel Lain