Guru habiskan 8 tahun cacah tatu Avengers di badan, akui Thor 'superhero' kegemaran - Dunia | mStar

Guru habiskan 8 tahun cacah tatu Avengers di badan, akui Thor 'superhero' kegemaran

Antara koleksi tatu yang dicacah pada anggota badan guru berkenaan.

KALAU sudah minat, apa sahaja sanggup dilakukan.

Begitulah realitinya apabila seorang guru dari South Wales, England mengabdikan hidupnya selama lapan tahun untuk menghasilkan koleksi tatu Avengers.

Mula mengikuti siri filem itu sejak 2008, Tom mula mencacah tatu di bahagian lengan kanannya.

Pada 2011, dia membuat penambahan dengan mencacah tatu karakter Hulk.

Kini berusia 27 tahun, dia turut mencacah tatu karakter lain termasuklah Deadpool dan Wolverine.

"Saya mula dengan Hulk dan Captain America sebelum tambah tatu Wolverine pula.

"Selepas itu baru saya buat tatu Iron Man, Thor, Deadpool dan Baby Groot," ujar Tom.

Mengulas obesisnya itu, Tom mendedahkan tatu Thor adalah tatu kegemarannya.

Malah, dia turut melengkapkan lukisan di badannya itu dengan mencacah tatu Infinity Stone. - Daily Star.

tatu , Avengers , Iron Man , Thor

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

“Saya OK Muhyiddin jadi PM” – Tun M