suria

Aksi cimpanzi leka main IG jadi tular, timbulkan rasa kurang senang aktivis haiwan

Cimpanzi ini menjadi tular setelah satu video dimuat naik ke laman Instagram.

COMEL, begitulah yang dapat digambarkan mengenai aksi lucu seekor cimpanzi yang leka bermain telefon.

Menerusi video tular itu, cimpanzi berkenaan dilihat sedang menggunakan aplikasi Instagram.

Namun, penularan itu menerima reaksi reaksi bercampur baur.

Ia yang dimuat naik ke Instagram aktivis hak asasi haiwan sehingga kini menerima lebih sejuta tontonan.

Selain pelayar yang terhibur dengan aksi itu, ramai aktivis bagaimanapun gusar dengan situasi berkenaan.

"Maaf untuk merosakkan kegembiraan anda, orang yang kisah pasal haiwan tak akan senang melihat perkara ini.

"Haiwan ini kelihatan dalam kediaman biasa. Ini idea yang teruk. Mereka perlu tinggal di tempat yang betul," komen beberapa aktivis.

Malah, mereka turut menggesa agar orang ramai tidak berkongsi video itu. - The Sun UK.

 

cimpanzi, instagram, aktivis haiwan

Artikel Lain