suria

Demi maruah, gadis tikam teman lelaki hingga mati kerana berang dicabul

Martyna Ogonowska menikam teman lelakinya sehingga mati pada 31 Okotber tahun lalu.

DEMI mempertahankan maruah diri, seorang gadis sanggup menikam kekasihnya sehingga mati.

Menerusi kejadian di Peterborough., England, gadis berusia 18 tahun itu bertindak sedemikian selepas teman lelakinya, Filip Jaskiewicz mahu mencabul dirinya.

Martyna Ogonowska didakwa melakukan perbuatan itu pada 31 Oktober tahun lalu.

Ia berlaku sewaktu lelaki itu dalam perjalanan membawa Ogonowska pulang ke kediaman ibunya.

Sekitarpukul lima pagi, lelaki itu memeluk Ogonowska dari bahagian belakang sbeelum cuba menyentuh bahagian dadanya.

Selepas kejadian, dia melarikan diri bersama rakannya dan menyimpan pisau di dalam bajunya.

Ogonowska akhirnya menyerahkan diri kepada pihak berkuasa sehari selepas kejadian.

Setelah dibicarakan, Ogonowska dijatuhakn hukuman penjara atas keasalahan bunuh selama 17 tahun.

Dia turut menerima hukuman 18 bulan kerana memiliki pisau yang digunakan dalam kejadian tersebut. - Daily Star.

Martyna Ogonowska, tikam, pisau

Artikel Lain