Warga emas ditahan panjat bumbung kereta api sambut hari lahir ke-83 - Dunia | mStar

Warga emas ditahan panjat bumbung kereta api sambut hari lahir ke-83

Kingston makan sandwic di atas bumbung kereta api tersebut.

SEORANG pesara meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-83 dengan memanjat bumbung kereta api dan makan sandwic di atasnya sebelum ditahan.

Phil Kingston memanjat bumbung kereta api DLR di Pelabuhan Canary bersama penunjuk perasaan Extinction Rebellion dan menikmati sarapan paginya di atasnya.

Dia antara sebahagian daripada penunjuk perasaan mewakili kumpulan keagamaan yang mengibarkan sepanduk tertera perkataan 'perniagaan seperti biasa = kematian" di stesen kereta api itu ketika waktu puncak.

Warga emas itu yang juga bekas pegawai parol di Patchway, Gloucestershire berkata:"Saya bertindak demikian demi cucu cicit saya."

Kingston dibawa turun pasukan Polis Pengangkutan British.

"Saya sayangkan mereka dan hati saya remuk apabila memikirkan kita akan meninggalkan mereka dalam situasi dunia hari ini," katanya.

Tangga, tali dan pelindung keselamatan digunakan pasukan Polis Pengangkutan British untuk membawa turun penunjuk perasaan dari atas bumbung kereta api.

Lima penunjuk perasaan ditahan kerana disyaki menghalang laluan kereta api.

Kingston berkata:"Saya berada di sini kerana saya percaya ada sesuatu yang lebih berkuasa daripada kita, yang memberitahu saya bahawa kita tidak memiliki bumi ini." - Metro.co.uk

panjat , bumbung , kereta api , sandwic